MENGAJAR, MENGAJARI DAN MENGAJARKAN...!

Perkataan-perkataan di atas berasal daripada kata dasar 'ajar' yang menjalani proses pengimbuhan me-..-i dan me-..-kan lalu membentuk kata kerja transitif (KKT). Kita sedia maklum selepas penggunaan KKT, perkataan selepasnya ialah objek yakni kata nama sama ada objek benda mahupun objek manusia. Kemuskilannya ialah bolehkah kita menggunakan perkataan mengajar dan mengajari seperti dalam ayat-ayat di bawah:-
  • Guru sedang mengajar pelajar-pelajarnya membuat gubahan bunga.
atau
  • Guru sedang mengajari pelajar-pelajarnya membuat gubahan bunga.
Sebenarnya perkataan 'mengajar' dan 'mengajari' terhasil daripada proses pengimbuhan apitan me-...-i iaitu ; 
  • ajar + me-...-i > mengajari (kadang-kadang dibuang akhiran ..-i) + objek orang
  • Penggunaan mengajar/mengajari dalam ayat-ayat di atas adalah betul
Manakala perkataan mengajarkan terbentuk daripada proses pengimbuhan 'ajar' + me-..-kan membentuk kata kerja transitif yang mesti diikuti objek benda (objek bergerak). Lihat contoh penggunaan mengajarkan dalam ayat-ayat di bawah:-
  1. Cikgu Azemi mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di tingkatan empat. /
  2. Saya mengajarkan adik saya cara menulis karangan.  X
  3. Bapa mengajarkan kaedah merawat penyakit kuku dan mulut.  /
  4. Saya sedang mengajarkan pelajar saya tentang teknik penulisan skrip drama.  X
  • Kesimpulannya selepas 'mengajarkan', perkataan seterusnya ialah objek benda.

Comments

Popular Posts