SALAM DARIPADA PENULIS...!

Mohamad Azemi Zawawi
Cikgu Azemi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya sebagai empunya blog 'Sisi Bahasaku' ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca serta pengunjung yang sudi singgah barang sejenak di laman blog yang tidak sepertinya ini. Tidak lain dan tidak bukan, tujuan blog pendidikan bahasa ini diwujudkan adalah semata-mata rasa insaf dan tanggungjawab penulis untuk berganding bahu bersama-sama pembaca sekalian demi memperjuang dan memartabatkan bahasa Melayu di bumi tercinta ini.
Pada penulis sebelum kita melangkah lebih jauh, mengatur gerak langkah perjuangan, maka lebih manis jika kita mengemaskan tapak kita dengan langkah kita yang pertama, iaitu meningkatkan tahap kebahasaan kita sebelum kita boleh mengajak mereka bersama untuk memajukan bahasa yang kita cintai.

......Panjang pula celoteh penulis. Sebagai tanda kesungguhan dan komitmen diri, penulis berjanji akan sentiasa mengemaskinikan bahan-bahan yang boleh dikongsi tanpa ada had dan halangan. Para pembaca diberikan kebenaran untuk menyalin, mengubah suai serta apa-apa sahaja yang difikirkan baik untuk diri atau sebagai perkongsian dengan individu lain. Sesungguhnya perkongsian ilmu itu tidak merugikan sesiapa malah, insya-Allah, kebaikan akan berlipat kali ganda nanti.

Kepada pembaca-pembaca yang terdiri daripada pelajar-pelajar atau cikgu, anda dan cikgu digalakkan menghantarkan pertanyaan, pendapat dan pandangan di ruangan komen, iaitu di bahagian bawah bahan yang dikongsikan. Insya-Allah, penulis akan memberikan respons dengan segera, jika perlu.

* Sebagai tanda sokongan kepada usaha cikgu, jangan lupa menjadi 'follower/members' Blog SISI BAHASAKU.
Sekian, terima kasih. 

Selamat melayari blog Sisi Bahasaku,
Cikgu Azemi
GC Bahasa Melayu
SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra,
16100 Kota Bharu

Comments

Popular Posts