ADaP PUN SILAP...!

Petang ini sambil berehat-rehat di ruang tamu, cikgu membelek-belek akhbar harian sambil mencari topik-topik penting untuk dibaca. Kemudian cikgu terambil naskah ADaP, halaman 2 yang mengutarakan 'Kata Sendi Nama' sebagai bahan nota dan perbincangan. Pada sudut kanan diselitkan pula 5 soalan kata sendi nama iaitu:-

1. Hasni sangat patuh ................ nasihat ibu dan bapanya.
  • A akan
  • B dengan
  • C pada
  • D kepada
2. Munirah menunggu kawannya .................... pukul tiga hingga empat petang.
  • A daripada
  • B dari
  • C pada
  • D di
3. Kami memperoleh banyak manfaat ................ lawatan sambil belajar ke Lenggong.
  • A dari
  • B tentang
  • C oleh
  • D daripada
4. Selimut dan baju sejuk ini akan didermakan .................... mangsa bencana alam di negara jiran.
  • A ke
  • B kepada
  • C pada
  • D terhadap
5. Meja di sebelah kanan menyediakan makanan khas ................ vegetarian.
  • A terhadap
  • B pada
  • C untuk 
  • D oleh
Pada pendapat cikgu, soalan-soalan yang dikemukan agak mudah dan pastinya tidak akan memberikan masalah kepada para pembaca.
Pada pendapat cikgu jawapan bagi soalan-soalan di atas ialah:-
1. A
2. B
3. D
4. B
5. C

Sebenarnya bukan matlamat cikgu untuk berbincang tentang soalan-soalan mudah di atas di ruangan blog ini, cuma sekadar ingin berkongsi maklumat tentang ayat dalam soalan nombor 3 di atas. Pada pendapat cikgu, mungkin secara tidak sengaja JU atau Guru Pakar yang bertanggungjawab melakukan kesilapan. Apakah kesilapannya? Cuba kita analisis ayat soalan nombor 3 tersebut.
  • Kami memperoleh banyak manfaat daripada lawatan sambil belajar ke Lenggong.
Pada pendapat cikgu frasa memperoleh banyak manfaat sebenarnya SALAH ataupun tidak gramatis. Kata memperoleh merupakan kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek. Dalam ayat soalan di atas, kata kerja transitifnya diikuti oleh kata adjektif 'banyak'.
Sepatutnya frasa tersebut ditulis begini:-
  • Kami memperoleh manfaat yang banyak @
  • Kami banyak memperoleh manfaat
Contoh kesalahan seperti di atas ialah:-
  1. Dia menerima banyak hadiah ...
  2. Dia menceritakan tentang pengalaman ..
  3. Mereka mengakui akan ....

Comments

Popular Posts