AKRONIM...!


Salah satu proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah melalui akronim. Akronim ialah singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan huruf pertama atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu. Sila perhatikan contoh pembentukan akronim di bawah:-
  • panggung wayang gambar  > pawagam
  • kumpulan gitar rancak  > kugiran
  • berdiri di atas kaki sendiri  > berdikari
  • Majlis Amanah Rakyat  > MARA
  • anda berwaspada anda selamat  > awas
  • Universiti Putra Malaysia  > Uniputra
  • taman bimbingan kanak-kanak  > tabika
Contoh akronim yang lain ialah:-
  • FELDA
  • RISDA
  • FELCRA
  • SIRIM
  • PROTON
  • EON
  • JKR
  • UiTM
  • UKM
  • UPSI
  • KUSTEM
  • PUSPAKOM

Comments

Post a Comment

Popular Posts