ASPEK NILAI 6:20...!

ASPEK NILAI DALAM 6:20
NILAI
PERISTIWA
Nilai kasih sayang
Ibu Sukma menghadiahkan sebuah buku kerana risau akan diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.
Nilai prihatin
Tuan Hj. Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Nilai setia kawan
Sukma da Rafiq sanggup menghadapi bahaya demi menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jery dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran negatif dari Barat.
Nilai tanggungjawab
Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui pelbagai persoalan tentang tetamu misteri.
Nilai saling menghormati
Ibu Sukma, Pn. Delia menyuruhnya menyediakan minuman kepada rakan-rakan ketika mereka berkunjung ke rumah.
Nilai kejujuran
Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.
Nilai Pengorbanan
Jery sanggup member maklumat kepada pihak polis walaupun mungkin nyawanya terancam.
Nilai patriotik
Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras tindakan kumpulan WX2 yang boleh menggugat keamanan Negara.
Nilai keimanan
Sukma dan Hj. Syaqir sebagai penganut Islam taat menunaikan solat wlaupun sibuk dengan pelbagai tugas.
Nilai kecintaan
Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tari tradisi walaupun mereka golongan remaja.
Nilai kerjasama
Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras aktiviti kumpulan WX2.
Nilai rasional
Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya agar terlibat dengan kumpulan WX2.
·         Pelajar seharusnya tidak mengubah atau menambahkan apa-apa perkataan lain pada frasa nilai di atas, misalnya:-
1.       Nilai kasih sayang kepada keluarga / kita hendaklah menyayangi keluarga…
2.       Nilai prihatin kepada makhluk / kita wajar prihatin ….
3.       Setia kawan sesama rakan / sebagai kawan kita mestilah ….


·        

Comments

Popular Posts