AWALAN SE-...!

Awalan se- digunakan untuk menghasilkan kata adjektif yang membawa maksud 'sama' apabila bergabung dengan kata dasar dari golongan kata adjektif. Lihat contoh di bawah:-
  • se- + cantik  > secantik (sama cantik)
  • se- + besar  > sebesar (sama besar) 
  • se- + baik  > sebaik (sama baik)
Contoh ayat:-
  • Wanita itu secantik isteri saya.
  • Binatang yang saya temukan itu sebesar almari pakaian.
  • Tingkah laku pemuda itu sebaik ayahnya.
Awalan se- apabila digunakan dengan kata bantu aspek (belum, sudah, telah) akan menghasilkan kata keterangan yang membawa makna 'masa'. Lihat contoh di bawah:-
  • se- + belum  > sebelum
  • se- + sudah  > sesudah
  • se- + telah  > setelah
Contoh ayat:-
  • Sila basuh tangan sebelum makan.
  • Saya akan berehat sesudah makan tengah hari.
  • Pelajar itu gembira setelah mendapat pujian daripada gurunya.
PERINGATAN:-
Suku kata se dalam perkataan penjodoh bilangan seperti sebuah, sebiji, seorang, seekor, sebatang, sebutir, seguni dan sebagainya BUKAN awalan se-. SEBENARNYA bentuk se itu ialah singkatan daripada kata bilangan SATU yang telah digabungkan dengan penjodoh bilangan. Lihat contoh di bawah:-
  • sebuah  > bermaksud satu buah
  • seorang  > bermaksud satu orang
  • seekor  > bermaksud satu ekor
  • sebatang  > bermaksud satu batang
  • sebutir  > bermaksud satu butir
  • seguni  > bermaksud satu guni

Comments

Popular Posts