BAHASA MELAYU / BAHASA MALAYSIA...!

Yang manakah yang betul? Bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia. Istilah yang betul dan patut dipakai ialah bahasa Melayu. Jadi sepatutnya kita menggunakan istilah mata pelajaran Bahasa Melayu dan bukannya mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah atau di institusi pendidikan yang lain.

Istilah bahasa Melayu terkandung dalam perlembagaan negara Perkara 152. Perlembagaan Malaysia jelas menyebut bahawa bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Cuma atas dasar politik, kerajaan meminta semua pihak menggunakan istilah bahasa Malaysia bertujuan supaya semua rakyat Malaysia menerima bahawa bahasa Malaysia merupakan bahasa untuk semua kaum di negara ini.
Namun demikian, sehingga ini istilah bahasa Melayu masih kekal digunakan dalam kertas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), istilah bahasa Malaysia telah diguna pakai bagi menggantikan istilah terdahulu iaitu bahasa Melayu.

Secara peribadi, penulis menentang usaha pihak-pihak tertentu menukarkan istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dengan alasan untuk berkompromi demi perpaduan. Pada pendapat penulis, kita tak perlulah mengorbankan hak ketuanan kita semata-mata demi perpaduan, walhal orang lain tidak pernah walau sedikit pun mengorbankan hak mereka.
Kita sepatutnya mempertahankan perlembagaan yang kita gubal setelah berlaku timbang tara sebelumnya dengan pihak-pihak mereka.

Comments

Popular Posts