DENGAN/YANG/KERANA DI DEPAN AYAT...!

Banyak sekali pertanyaan yang dilontarkan oleh pelajar-pelajar tentang penggunaan kata sendi nama iaitu 'dengan', 'yang' dan 'kerana' di depan ayat. Mereka sering beranggapan ayat menjadi tidak gramatis apabila kata sendi nama berkenaan digunakan di depan/ di permulaan ayat. Lihat contoh-contoh ayat yang menggunakan 'dengan', 'yang' dan 'kerana' di depan ayat;-
  • Dengan tergesa-gesa (predikat)/ dia pulang ke rumah (subjek).
  • Yang bertudung labuh itu (predikat) / kakak saya (subjek).
  • Kerana lapar (predikat)/ budak itu menangis (subjek).
# Ketiga-tiga baris ayat di atas ialah ayat songsang { predikat di depan, diikuti subjek di belakang }
# Susunan ayat biasa ialah subjek di depan, diikuti predikat di belakangnya.
Ketiga-tiga baris ayat di atas sebenarnya betul, gramatis dan tidak mengandungi apa-apa kesalahan. Jika ada pelajar yang berpendapat bahawa ayat-ayat di atas itu salah kerana kata sendi nama tidak boleh digunakan di depan ayat, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Semua ayat yang saya senaraikan ini menggunakan kata sendi nama di depan ayat;-
  • Pada petang itu kami bermain bola sepak di padang sekolah.
  • Selain memasak, dia juga gemar menjahit pakaian.
  • Dari pukul tiga petang lagi saya menunggu awak.
  • Sejak zaman dahulukala lagi manusia telah mencipta tamadun.
  • Daripada melepak lebih baik saya mengulang kaji pelajaran.
Semua ayat yang senaraikan di atas adalah betul. Tidak pernah saya mendengar ada pendapat mengatakan bahawa kata sendi nama tidak boleh digunakan di depan ayat.
Mungkin ada sesetengah pelajar mengatakan bahawa 'dengan', 'yang' dan 'kerana' bukan kata sendi nama. Pendapat ini memang tidak tepat. Sebenarnya 'dengan', 'yang' dan 'kerana' merupakan sebahagian daripada kata sendi nama. Harus diingat juga 'dengan', 'yang' dan 'kerana' juga merupakan kata hubung.

# Kata hubung juga boleh digunakan di depan ayat.

Comments

Post a Comment

Popular Posts