DISKUSI ADAP 1 OGOS...!

Pada kesempatan kali ini cikgu ingin mengutarakan perbincangan tentang bahan Akhbar Dalam Pembelajaran, Utusan Malaysia bertarikh 1hb. Ogos, 2013. Topik yang diketengahkan oleh ADAP itu adalah tentang topik 'Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa'.

SET 1:-
(a) Bina ayat
  1. mata      - mata-mata
  2. jarang    - jarang-jarang
  3. lebih      - lebih-lebih
(6 markah)
1) mata  - mata-mata
  • Mata budak itu tercedera kerana terkena percikan mercun.
  • Bapa Ali bertugas sebagai mata-mata. (polis)
2) jarang   - jarang-jarang
  • Gigi orang tua itu semakin jarang. (renggang/tidak rapat)
  • Dia jarang-jarang balik ke kampung setelah berpindah ke bandar. (tidak kerap)
3) lebih  - lebih-lebih
  • Keputusan peperiksaan saya lebih baik daripadanya. 
  • Orang miskin wajib dibantu, lebih-lebih lagi mereka terdiri daripada anak yatim piatu.

(b) Cerakinkan ayat-ayat dalam petikan di bawah ini kepada enam ayat tunggal.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang menjadi daya tarikan pelancong asing kerana mempunyai keindahan alam semula jadi yang mempesonakan. Kerajaan akan memperhebat usaha mempromosi produk pelancongan di Malaysia agar jumlah pelancong bertambah.
(6 markah)

Untuk menjawab soalan di atas, pelajar mestilah memahami konsep ayat tunggal iaitu ayat yang mempunyai SATU subjek dan SATU predikat. Cuba kita cerakin/pisahkan petikan di atas menjadi 6 ayat.
  1. Malaysia merupakan destinasi pelancongan.
  2. Malaysia menjadi daya tarikan pelancong asing.
  3. Malaysia mempunyai keindahan alam semula jadi.
  4. Keindahan alam semula jadi Malaysia mempesonakan.
  5. Kerajaan akan memperhebat usaha mempromosi produk pelancongan di Malaysia.
  6. Jumlah pelancong bertambah.

Comments

Popular Posts