DISKUSI ADAP 2...!


Masih menggunakan bahan ADaP bertarikh 1 Ogos 2013, Utusan Malaysia; dan tumpuan perbincangan kali ini ialah soalan 3(d) iaitu mengesan satu kesalahan kata/istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

3(d)

(i)
Kebanyakan pokok-pokok di tanah kepunyaan Pak Wan akan dipotong kerana beliau bercadang untuk membina kandang kambing yang besar itu.
  • Kesalahan tatabahasa: Kebanyakan pokok-pokok > Kebanyakan pokok (frasa jamak)
  • Kesalahan kata/istilah: dipotong > ditebang
(ii)
Syarikat Mega Bintang mentafsirkan kerugian sebanyak dua ratus ribu ringggit sebagai akibat kebakaran di kilang cili sos yang berlaku pada minggu lepas.
  • Kesalahan tatabahasa: cili sos > sos cili (hukum DM)
  • Kesalahan kata/istilah: mentafsirkan > mentaksirkan
(iii)
Selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan, pembinaan projek pembersihan sungai itu diharapkan dapat mengindahkan kawasan kampung.
  • Kesalahan tatabahasa: Selain daripada mewujudkan > Selain mewujudkan (frasa sendi)
  • Kesalahan kata/istilah: pembinaan > pelaksanaan


3(e)
Nyatakan peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan peribahasa yang berikut;
(i) Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
  • Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
(ii) Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
  • Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
  • Takkan pisang berbuah dua kali
  • Alah bisa, tegal biasa


Comments

Popular Posts