ESEI: CIRI REMAJA BERWAWASAN...!



  • mempunyai semangat patriotik yang tinggi supaya negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain
  • mempunyai daya saing yang tinggi supaya tidak ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain
  • mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang selaras dengan era globalisasi
  • mempunyai kemahiran berkomunikasi yang terserlah dalam pelbagai bahasa
  • mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
  • patuh akan undang-undang negara agar tidak terlibat dalam perkara negatif
  • mempunyai idea yang kritis, kreatif dan inovasi dalam mereka cipta sesuatu
  • mempunyai keinginan untuk belajar sepanjang hayat supaya ilmu sentiasa bertambah
  • mempunyai minda yang terbuka iaitu bersedia untuk menerima teguran orang lain
  • sentiasa dinamik dan progresif dalam melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan
  • sanggup menghadapi cabaran tanpa mengenal erti putus asa
  • berani melakukan perubahan dari segi sikap dan minat agar tidak bersifat jumud
  • mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang
  • mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri
  • mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
  • memiliki semangat dan daya juang yang mantap
  • sentiasa bersaing dan berada di hadapan
  • memiliki jati diri yang mapan dalam menangkis pengaruh negatif
  • sentiasa proaktif dalam membantu kepimpinan negara memerkasakan daya saing remaja di pentas antarabangsa.
  • sentiasa meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri
  • mempunyai semangat kerjasama, perpaduan yang utuh antara kaum
  • mempunyai akhlak yang tinggi dan sentiasa menjaga peribadi
  • sentiasa menghormati kedua-dua orang tua, jiran tetangga, rakan-rakan dan anggota masyarakat.

Comments

Popular Posts