ESEI: USAHA MENGEKANG KESESAKAN JALAN RAYA...!



Contoh Soalan:
Berdasarkan gambar di atas,  huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di negeri kita.

PENDAHULUAN:

Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara - langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil ..

IDEA-IDEA PENTING:

  • memperbanyak kemudahan awam, bas, teksi, LRT dan komuter - pastikan jadual perjalanan pegangkutan awam teratur - memudahkan orang ramai pergi ke sesuatu destinasi tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian.
  • menggalakkan masyarakat berkongsi kereta - bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa.
  • memperlebar jalan raya - menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah - memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar - mempercepat perjalanan.
  • memperbanyak lebuh raya - jalan alternatif kepada pengguna jalan raya - untuk pergi ke satu tempat tidak perlu tertumpu pada jalan-jalan tertentu sahaja.
  • menempatkan lebih banyak polis trafik untuk mengawal keadaan lalu lintas - terutama di simpang-simpang besar atau bulatan jalan raya.
  • menaik taraf mutu perkhidmatan awam seperti perkhidmatan bas berhawa dingin, teksi limosin, stesen bas, kereta sewa, komuter, kereta api berpusat.
  • mengurangkan tambang kapal terbang.
  • mewujudkan bandar-bandar satelit baharu.
  • merancang pembinaan bandar baharu yang cekap sistem komunikasi serta menggalakkan pembinaan pusat-pusat pekerjaan di luar bandar.
  • mengadakan sistem pengangkutan bawah tanah.
  • mengurangkan kadar penggunaan kenderaan persendirian di bandar dengan cara mengehadkan perjalanan, menaikkan bayaran tempat parkir kereta dll.
PENUTUP:
  • Masalah kesesakan lalu lintas perlu diatasi demi kebaikan semua pihak - tidak boleh dipandang ringan.
  • Kesesakan jalan raya boleh menymbang peningkatan kes kemalangan.
  • Kemalangan pula merupakan tragedi yang menyebabkan kerugian harta benda, perbelanjaan kerajaan dan kehilangan nyawa.

Comments

Popular Posts