FAEDAH KOPERASI...!

Terkejut cikgu seketika apabila melayari SISI BAHASAKU sebentar tadi kerana bukan sahaja jumlah pembaca dalam talian mencecah 40 orang lebih dalam satu-satu masa, tetapi topik 'post' yang menjadi pilihan ialah esei yang bertajuk 'kebaikan koperasi'...! Pada pendapat cikgu, mungkin 'post' berkenaan dirujuk kerana berkaitan tugasan yang diberikan guru atau tajuk berkenaan mungkin menjadi tajuk 'ramalan' peperiksaan PMR atau SPM 2013 oleh sesetengah pihak ? Atau menyertai pertandingan mengarang sempena hari koperasi......!!!
........... Terima kasih!

Topik tentang koperasi sebenarnya menarik untuk diberikan perhatian kerana topik ini begitu rapat dengan kehidupan seseorang pelajar, contohnya koperasi sekolah. Topik ini juga boleh menjadi tajuk yang lebih mencabar jika soalannya berbunyi " Bincangkan peranan koperasi dalam pendidikan kepenggunaan" atau "Koperasi membantu mengukuhkan ekonomi keluarga, bincangkan."

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, di muka surat 821; perkataan 'koperasi' bermaksud syarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang (ahli) untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dan sebagainya) dengan faedah dan keuntungannya dikongsi bersama-sama. Antara kelebihan orang yang menjadi ahli sesebuah koperasi ialah:-
  • melabur dengan cara membeli saham dan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan bonus.
  • membuat tabungan
  • bantuan pelajaran untuk ahli dan anak-anak - dermasiswa, hadiah kecemerlangan akademik
  • khairat kematian
  • bantuan bencana
  • kemudahan pinjaman wang dan pembelian harta dengan faedah yang tidak membebankan
  • bantuan rawatan dan hospital
  • dan lain-lain.

Comments

Popular Posts