KLINIK BAHASA DI SMU(A) TARBIAH MAZIAH...!

Mohamad Azemi Zawawi
Hari pertama sekolah dibuka telah ada undangan ceramah untuk cikgu. Tepat jam 3.00 petang, 18 hb. Ogos 2013, cikgu diundang untuk menyampaikan ceramah BM PMR di SMU(A) Tarbiah Maziah, Panchor, Pengkalan Chepa. Sesi ceramah pada petang ini khusus untuk pelajar-pelajar lelaki sekolah tersebut sahaja dan secara peribadi, cikgu rasakan program tersebut berjaya memberikan pendedahan tentang teknik menjawab BM1 dan soalan penulisan.
Terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan majlis ilmu tersebut.

Sekian.


Comments

Popular Posts