PETUA ATASI PELUPA...!

Peperiksaan semakin hampir, banyak lagi tajuk yang belum dikuasai. Kerja sekolah bertimbun-timbun. Dan yang paling dirisaukan ialah semangat untuk mengulang kaji semakin hambar, sebaliknya perasaan malas dan bosan menghadap buku pelajaran semakin membuak-buak. Satu lagi masalahnya, apabila membaca pula, rasa cepat mengantuk dan sukar untuk mengingatkan apa-apa yang dibaca...... aduh, macam mana ni?
Begitulah fenomena biasa yang dihadapi pelajar apabila hampir menjelangnya tarikh peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan peperiksaan-peperiksaan lain di institusi pengajian tinggi.
Untuk membantu mengurangkan tekanan, cuba kongsikan petua 'atasi pelupa' di bawah yang cikgu peroleh daripada buku majalah 'anis' keluaran Jun 2011.

PETUA ATASI PELUPA
  • Makan kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebiji-sebiji sehingga habis bukannya dimasukkan kesemuanya ke dalam mulut.
  • Ambil sesudu madu. Masukkan ke dalam air suam. Amalkan minum ketika suam setiap pagi.
  • Tidur awal dan bangun awal.
  • Kurangkan makan dan minum makanan yang masam.
  • Banyakkan makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
  • Semasa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut (bercakap-cakap).
  • Elakkan melihat kemaluan dan najis.
  • Baca al-Quran setiap hari.
  • Belajar bersabar dengan menunaikan solat sunat atau berdoa apabila ada masalah.
  • Jaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru-guru, keluarga dan kawan-kawan.

Comments

Popular Posts