PLOT NOVEL 6:20...!

Secara keseluruhannya plot 6:20 digarap mengikut kronologi. Garapan plot itu terbahagi kepada 4 bahagian:-
1. Permulaan
  • Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu di depan pintu pagar rumahnya pada jam 6.20 pagi.
  • Ibunya Puan Delia melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka.
  • Sukma begitu berminat untuk mengetahui misteri di sebalik kehadiran tetamu itu.
2. Perkembangan
  • Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
  • Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan tarian Sarawak.
  • Jery bercerita tentang ruang sepi yang terdapat pada kelab WX2.
  • Sukma telah pergi menyiasat ke Kelab WX2 dan bertemu dengan Iskandar.
  • Sukma berjumpa dengan abang Aim.
3. Klimaks
  • Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
  • Jery telah memberi maklumat kepada pihak polis.
  • Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
  • Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
4. Peleraian
  • Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi polis.

Comments

Popular Posts