'SALAH BAHASA' HARI RAYA...!

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca agar sentiasa dirahmati-Nya. Sambil bergembira menyambut Hari Lebaran, janganlah lupa akan tugas sebagai seorang pelajar, lebih-lebih lagi pelajar F5 dan F3 yang menduduki peperiksaan 'besar' tidak beberapa lama lagi.

Sempena cuti hari raya ini cikgu ingin berkongsi pengalaman 'tak seronok' ketika setiap kali sambutan hari raya, iaitu 'penyalahgunaan bahasa' Hari Lebaran. Sebagai orang yang prihatin akan isu bahasa, perkara -perkara seperti kesalahan ejaan, tatabahasa dan istilah yang dilakukan pengguna bahasa begitu memberikan kesan yang amat mendalam...!

Sila perhatikan kekerapan kesalahan bahasa ketika hari lebaran:
  • Aidil Fitri, Idul Fitri  > sepatutnya Aidilfitri
  • Hari Lembaran  >  sepatutnya Hari Lebaran
  • saling bermaaf-maafan  >  sepatutnya saling bermaafan
  • saling kunjung-mengunjung  >  sepatutnya saling berkunjung
  • membakar sepuluh cucuk satay  >  sepatutnya memanggang sepuluh cucuk sate
  • daging rendang  >  sepatutnya rendang daging
  • mengunjungi ke rumah jiran tetangga  >  sepatutnya mengunjungi rumah jiran tetangga
  • memakan apa sahaja hidangan  > memakan apa-apa sahaja hidangan
  • kuih bahulu  >  sepatutnya kuih baulu
  • balik kampung  >  sepatutnya balik ke kampung
  • berjabat salam  > sepatutnya berjabat tangan
  • ketupat-rendang  >  sepatutnya ketupat rendang

Comments

Popular Posts