SOALAN ESEI PERCUBAAN SPM 2013

SOALAN PERCUBAAN SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH

SULIT                                                                                                                                          
1103/1



Bahagian B
[100 markah]


[Masa dicadangkan: 1 jan 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
  1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran yang berlainan bangsa. Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut.
  2. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah. Huraikan peranan yang boleh dimainkan ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.
  3. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah 'Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama'. Tulislah esei itu selengkapnya.
  4. Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia. Bincangkan.
  5. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang kaya dengan budaya warisan. Walau bagaimanapun generasi muda kini kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka sendiri. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.





KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1@2013 Hak Cipta BPSBPSK

Comments

Popular Posts