TERPERDAYA / TERPEDAYA...!

Sesetengah pelajar menganggap ejaan bagi kata 'serta' yang diimbuhkan dengan imbuhan awalan beR- ialah 'beserta', bukannya 'berserta'. Hal ini sebenarnya berpunca daripada pengetahuan yang sempit tentang poses pengimbuhan kata bahasa Melayu.
Analisis:-
  • beserta  - SALAH: berserta - BETUL
  • berkerja - SALAH: bekerja - BETUL
  • bederma - SALAH: berderma - BETUL
  • berlayar - SALAH: belayar - BETUL
Bagi ejaan bagi kata 'terperdaya' ataupun 'terpedaya' di atas pula, ejaan yang betul ialah TERPERDAYA. Hal ini demikian kerana, imbuhan teR- yang diimbuhkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan -er-, huruf 'r' dalam awalan teR- tidak digugurkan. Lihat contoh ejaan lain kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya berakhir dengan -er-:-
  • tersergam
  • terserlah
  • terpercik
  • terperlus
  • terperdaya

Comments

Popular Posts