WATAK/PERWATAKAN SDL...!


BUJEI / HAFIZ
WATAK:-
  • Bapanya seorang tentera dan telah meninggal dalam satu kemalangan.
  • Ibunya bernama Fatimah dan telah berkahwin lain, suami baharunya ialah Harun.
  • Dianggap punca kematian ibunya apabila Harun menuduhnya bermain pelita dan menyebabkan kebakaran.
PERWATAKAN:-
  • Seorang yang bertanggungjawab - cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia juga dihalang oleh orang ramai.
  • Hidup keseorangan dan menjadi kurang normal setelah kematian ibu dan neneknya.
  • Tabah dan sabar - menghadapi kerenah orang kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan sering menjadi mangsa buli.
  • Menaruh hati pada Same'ah dan Adila.
  • Takut akan Alias - tidak pernah membantah suruhan Alias seperti membasuh motor, terjun ke dalam sungai, dan mengotorkan diri sendiri.
  • Kuat menuntut janji - berkeras mahukan upah yang dijanjikan oleh Alias setelah membasuh motor.
  • Bujei menjadi normal setelah dibantu oleh Adila.

ADILA
WATAK:-
  • Anak saudara Sidang Saman dan Mak Lamah, serta sepupu Same'ah.
  • Lulusan universiti dari England, memiliki ijazah dalam bidang psikologi.
  • Membawa diri ke kampung kerana kecewa setelah tunangnya Faizal, berkahwin dengan orang lain.
PERWATAKAN:-
  • Gigih berusaha membantu Bujei kembali menjadi normal.
  • Menghormati orang tua - menerima nasihat dan teguran Mak Lamah tentang hubungannya dengan Bujei.
  • Berpendirian tegas - menolak pinangan Alias dan tetap tidak menerima Faizal walaupun dipujuk dan dirayu.
  • Sabar dan tabah menghadapi fitnah - dituduh berzina dengan Bujei dan menghidap AIDS.

ALIAS
WATAK:-
  • Anak kepada Mak Som dan cucu kesayangan Opah Arah.
  • Jatuh cinta dengan Adila - meminta bantuan neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih.
  • Menjadi sasau apabila Adila menolak cintanya.
PERWATAKAN:-
  • Suka berlumba motosikal sehingga terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Sahak cedera parah.
  • Cepat bangga diri apabila dipuji oleh rakannya yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya.
  • Suka membuli - menyuruh Bujei mencuci motosikalnya, menyuruh Bujei mengotorkan diri sendiri.
  • Suka membuat fitnah - memfitnah Adila menghidap AIDS dan Bujei menghidap penyakit kulit dan maniac.

Comments

Popular Posts