ISTIQAMAH DALAM BELAJAR...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama cikgu tidak mengemaskinikan blog ini kerana agak kesuntukan dan kekangan masa. Begitu cepat masa berlalu pergi sehinggakan kadang-kadang kita rasa tidak percaya bahawa hampir setengah tahun 2015 telah kita layari. Pejam celik, pejam celik, tinggal tidak sampai lima bulan lagi, calon PT3 dan SPM 2015 akan melangkah ke dalam dewan peperiksaan.
Kepada bakal-bakal calon PT3 dan SPM tahun ini, cikgu nak ucapkan selamat mengulang kaji pelajaran dengan penuh ketekunan dan istiqamah, semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang nanti. Insya-Allah.
Sebagai empunya blog pendidikan yang mengutarakan diskusi-diskusi tentang subjek Bahasa Melayu, selepas ini cikgu akan cuba mengetengahkan topik-topik penting untuk membantu dan sebagai media pencerahan kepada para pembaca, semoga menjadi pemangkin ke arah kejayaan gemilang dalam peperiksaan nanti.

Selamat membaca.




Comments

Popular Posts